PUSAT PEMBELAJARAN ANAK YATIM BANDAR TENGGARA

03 Jun 2023, Sabtu -Yayasan Penarik Inisiatif (YPI) telah menubuhkan pusat tuisyen yang keempat dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Anak Yatim Bandar Tenggara (PPAYBT) yang terletak di Johor Darul Ta’zim. Majlis ini di rasmikan oleh Pengerusi Yayasan Penarik Inisiatif, Ybhg Dato' Hj Abdul Rahim bin Abdul Rahman. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Tuan Hj Zainal bin Amir dan Tuan Hj Mohamed Assari bin Che Mahmood yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPI serta Penasihat YPI En Md Shah Md Said. PPAYBT terdiri daripada 7 orang tenaga pengajar dan 32 orang murid. Pengoperasian di pusat pembelajaran adalah sama seperti pusat tuisyen lain yang berada di bawah Yayasan Penarik Inisiatif. Pihak Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PEYARA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Md Noor bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai cikgu Md Noor yang merupakan sukarelawan mewakili pihak YPI di Johor yang banyak membantu dalam penubuhan pusat pembelajaran ini.

...

Wajah anak-anak yatim Bandar Tenggara di majlis perasmian Pusat Pembelajaran Anak Yatim Bandar Tenggara

...

Wajah anak-anak yatim Bandar Tenggara di majlis perasmian Pusat Pembelajaran Anak Yatim Bandar Tenggara

...

Barisan jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara bersama dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPI

...

Gambar bersama warga PPAYBT

...

En Kamarulazwan bin Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi YPI Sedang menyampaikan taklimat prosedur pusat pembelajaran kepada para ibu, guru-guru dan anak-anak yatim

...

Pemotongan riben oleh Dato’ Hj Abdul Rahim sempena Perasmian Pusat Pembelajaran Anak Yatim Bandar Tenggara (PPAYBT)