Yayasan Penarik Inisiatif

Yayasan Penarik Inisiatif, diperbadankan pada tanggal 9 September 2020 dibawah Akta Syarikat 2016, merupakan inisiatif bekas pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK 1973-1977) sebagai saluran untuk menyumbang kepada pembangunan serta kemakmuran ekonomi masyarakat, dengan kecermerlangan melalui pendidikan sebagai pendekatan untuk memenuhi hasrat murni ini.

Walaupun Yayasan Penarik telah secara resmi nya diperbadankan pada 2020, program Yayasan telah dimulakan lebih awal lagi. Bermula pada 2012 di Kg Baru Penarik, Setiu, Negeri Terengganu Darul Iman, dengan kerjasama masyarakat setempat, sebuah pusat tuisyen, Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik, telah berjaya dibangunkan. Sehingga 2022, sekitar 500 pelajar telah pun diterima di pusat ini, dengan kesemua kos pusat tuisyen sebelum ini ditaja secara langsung oleh MCKK 1973-1977.

Ekoran kejayaan ini, Yayasan telah menubuhkan pusat tusiyen yang kedua pada 2017 di Kg Air Panas, Gerik, Negeri Perak Darul Ridzuan. Pusat ini boleh menerima seramai 40 orang anak murid dan sehingga 2022, sekitar 160 orang pelajar telah diterima untuk belajar di pusat ini.

Pada tahun ini iaitu 2023, dua lagi pusat pembelajaran dibuka di Kg Kandis, Bachok, Kelantan dan di Pusat Anak Yatim Bandar Tenggara, Johor

Memandang ke hadapan, Yayasan bercadang untuk merancakkan dan memantapkan lagi program pembelajaran yang sedia ada. Di sambil itu, Yayasan juga akan mengkaji potensi pembukaan pusat-pusat pembelajaran baru termasuk potensi bekerjasama dengan rakan-rakan organisasi yang se aliran dengan objektif Yayasan.